Terma penggunaan
Terakhir dikemas kini: 3 September 2026.
GoKlik Bio ialah produk GOKLIK di goklik.my/bio. Dengan mendaftar atau menerbitkan profil, anda bersetuju dengan terma ini.
Akaun
Anda bertanggungjawab menjaga kata laluan dan aktiviti pada akaun. Satu orang atau perniagaan boleh memegang username yang masih tersedia. Username yang menipu jenama, menyalahi undang-undang, atau dikhaskan boleh digantung tanpa notis.
Kandungan
Pautan, teks, gambar, produk dan booking adalah milik dan tanggungjawab anda. Jangan muat naik atau pautkan kepada penipuan, perjudian haram, eksploitasi, perisian hasad, atau kandungan yang dilarang di Malaysia.
Plan
Plan Asas percuma. PRO dan custom domain adalah berbayar mengikut harga semasa dalam dashboard. Status PRO bergantung pada rekod plan dan tarikh luput. GOKLIK boleh menukar harga dengan notis pada halaman Harga.
Profil awam
Halaman goklik.my/@username hanya memaparkan data yang anda terbitkan. GOKLIK tidak menjamin ranking carian atau uptime 100%, tetapi berusaha mengekalkan perkhidmatan yang stabil.
Penggantungan
Kami boleh nyahterbit atau gantung akaun yang melanggar terma, menerima aduan sah, atau membahayakan pengguna lain.
Hubungi
Soalan berkenaan terma: bio@goklik.my atau halaman Hubungi.