GOKLIK

Polisi Bayaran & Refund

Maklumat jelas tentang pembelian GOKLIK Pro Lifetime, pengaktifan akaun dan permintaan bantuan berkaitan transaksi.

Tarikh kemas kini: 20 September 2026.

1. Harga GOKLIK Pro

Harga semasa GOKLIK Pro Lifetime ialah RM22.90 sekali sahaja. Tiada langganan bulanan atau tahunan untuk pelan ini. Harga yang perlu dibayar akan dipaparkan sebelum anda meneruskan checkout.

2. Apa yang dibeli

Semua halaman tools boleh digunakan oleh pengguna Free. Pembelian Pro membuka fungsi yang ditanda PRO, had penggunaan lebih tinggi pada tool yang menyokongnya, dan future Pro features yang ditambah di bawah GOKLIK Tools.

3. Pemprosesan pembayaran

Checkout diproses melalui payment gateway pihak ketiga. Maklumat pembayaran sensitif dikendalikan pada saluran checkout gateway dan bukan melalui borang biasa GOKLIK Tools.

4. Pengaktifan Pro

Status Pro diaktifkan selepas pembayaran berjaya diterima dan disahkan oleh sistem. Jika pembayaran berjaya tetapi status akaun belum berubah, hubungi admin@goklik.my dan sertakan alamat e-mel akaun serta rujukan transaksi.

5. Pembayaran berganda atau isu transaksi

Jika anda percaya anda telah dicaj lebih daripada sekali, berlaku kesilapan amaun, atau transaksi mempunyai isu teknikal, hubungi kami secepat mungkin di admin@goklik.my untuk semakan rekod pembayaran.

6. Permintaan refund

Permintaan refund boleh dihantar ke admin@goklik.my bersama maklumat transaksi dan sebab permintaan. Setiap permintaan akan disemak berdasarkan status transaksi, penggunaan akses digital yang telah diberikan, keadaan kes dan keperluan undang-undang yang terpakai.

7. Sokongan

Untuk pertanyaan sebelum atau selepas pembayaran, hubungi admin@goklik.my. Anda juga boleh merujuk Terma Penggunaan dan Dasar Privasi.