Legal

Dasar Privasi

2026

1. Pengenalan

GoKlik (“kami”) menghormati privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi apabila anda menggunakan laman web goklik.my dan perkhidmatan berkaitan.

2. Maklumat Yang Kami Kumpul

Bergantung pada perkhidmatan yang digunakan, kami mungkin mengumpul:

  • Maklumat pesanan: game, pakej, User ID, Zone ID, platform cashout, jumlah, kaedah bayaran
  • Maklumat hubungan: nama, email, nombor WhatsApp / telefon
  • Maklumat penerimaan wang: no. akaun bank, nama penerima, nama bank, atau imej QR (jika anda pilih)
  • Bukti bayaran: imej / pautan bukti yang anda muat naik
  • Tiket sokongan: mesej, topik dan nombor tiket
  • Data teknikal terhad: jenis peranti / pelayar (melalui alat analitik atau live chat, jika digunakan)

3. Cara Kami Mengumpul Maklumat

  • Borang pesanan di laman web (Topup, Cashout, OTT, Kad Digital)
  • Borang Open Ticket / Hubungi
  • Live chat (contoh: Tawk.to) dan komunikasi WhatsApp
  • Muat naik imej bukti bayaran / QR (melalui pihak ketiga seperti Imgur, jika digunakan)

4. Tujuan Penggunaan

Maklumat anda digunakan untuk:

  • Memproses dan menghantar pesanan
  • Menghubungi anda berkaitan status pesanan atau sokongan
  • Mengesahkan pembayaran dan mencegah penipuan
  • Membaiki dan menambah baik perkhidmatan
  • Mematuhi keperluan undang-undang jika diperlukan

Kami tidak menjual data peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.

5. Perkongsian Dengan Pihak Ketiga

Maklumat mungkin dikongsi secara terhad dengan:

  • Penyedia infrastruktur: Google (contoh: Google Sheets / Apps Script) untuk rekod pesanan
  • Telegram / notifikasi dalaman: untuk makluman order kepada admin
  • Live chat: Tawk.to (jika anda berinteraksi dengan widget chat)
  • Muat naik imej: perkhidmatan host imej (contoh: Imgur) apabila anda upload bukti

Pihak ketiga ini memproses data mengikut dasar privasi masing-masing. Kami hanya menghantar data yang perlu untuk operasi.

6. Penyimpanan & Keselamatan

Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data (akses terhad kepada admin, penggunaan pautan HTTPS). Walau bagaimanapun, tiada sistem transmisi atau storan internet yang 100% selamat. Anda disaran tidak menghantar maklumat sensitif yang tidak diperlukan untuk pesanan.

7. Tempoh Simpanan

Rekod pesanan dan komunikasi disimpan selagi diperlukan untuk operasi, sokongan pelanggan, audit dalaman, atau keperluan undang-undang. Data yang tidak lagi diperlukan boleh dipadam atau dianonimkan.

8. Cookies & Teknologi Serupa

Laman web mungkin menggunakan cookies atau storan tempatan untuk fungsi asas (contoh: sesi, keutamaan paparan). Alat pihak ketiga seperti live chat mungkin menetapkan cookies sendiri. Anda boleh mengawal cookies melalui tetapan pelayar.

9. Hak Anda

Anda boleh meminta untuk:

  • Mengakses maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda
  • Membetulkan maklumat yang tidak tepat
  • Meminta pemadaman data tertentu (tertakluk kepada keperluan simpanan operasi / undang-undang)

Hubungi kami melalui saluran di bahagian 11 untuk sebarang permintaan privasi.

10. Kanak-Kanak

Perkhidmatan kami tidak ditujukan secara khusus kepada kanak-kanak di bawah umur yang ditetapkan oleh undang-undang. Jika anda percaya data kanak-kanak telah dihantar tanpa kebenaran, sila hubungi kami untuk tindakan.

11. Hubungi Kami

Untuk soalan berkaitan Dasar Privasi atau data peribadi anda:

12. Perubahan Dasar

Kami boleh mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan di halaman ini bersama tarikh kemas kini. Penggunaan berterusan selepas perubahan dianggap sebagai penerimaan dasar yang dikemas kini.

Terma & Syarat Kembali ke Home