Legal
2026
Dengan mengakses dan menggunakan laman web GoKlik (goklik.my) serta sebarang perkhidmatan yang ditawarkan, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini. Jika anda tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan perkhidmatan kami.
GoKlik menyediakan perkhidmatan digital termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Ketersediaan, harga dan spesifikasi produk boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu.
Anda bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang dihantar (User ID, Zone ID, nombor akaun bank, nombor WhatsApp, email, dll.) adalah tepat dan sah. GoKlik tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, kegagalan atau kerugian akibat maklumat yang salah atau tidak lengkap.
Masa proses adalah anggaran dan boleh dipengaruhi oleh trafik sistem pihak ketiga, gangguan rangkaian atau semakan manual.
Pakej “Guna Selagi Boleh / Lifetime” bermaksud anda boleh menggunakan perkhidmatan selagi ia berfungsi. Waranti penggantian ID adalah terhad (contoh: 1 bulan) seperti dinyatakan di halaman OTT. Device tambahan hanya boleh ditambah semasa pembelian; selepas itu order ID baru diperlukan.
Anda tidak dibenarkan:
GoKlik berhak menolak atau membatalkan pesanan yang disyaki melanggar terma ini.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, GoKlik tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung, kehilangan data, atau gangguan perkhidmatan pihak ketiga (game publisher, e-wallet, bank, rangkaian). Liabiliti maksimum kami terhad kepada nilai transaksi berkaitan.
Penggunaan data peribadi anda tertakluk kepada Dasar Privasi kami. Kami hanya mengumpul maklumat yang diperlukan untuk memproses pesanan dan memberikan sokongan.
Kami boleh mengemas kini Terma & Syarat dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan di halaman ini dengan tarikh kemas kini. Penggunaan berterusan selepas perubahan dianggap sebagai penerimaan.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terma ini atau pesanan anda: